Perkahwinan

Mata tak xleh tido. mukin sbb da banyak tido siang tadi. Brangkali. Tiba2 terpandang satu pautan di ILoveIslam.Com...erm...Perkahwinan satu ibadah. Satu ibadah yang senang nak dapat tapi jarang orang nak ambil peluang untuk mendapatkannya. Mereka lebih cenderung untuk couple lama2 sebelum kahwin. Erm....tapi elok disegerakan perkahwinan itu, sebab banyak pahala yang kita dapat melalui sesebuah perkahwinan itu. Di sini, aku sertakan kandungan yang terdapat dalam petikan tersebut supaya pasangan di luar sane menyegerakan perkara baik ni.
Hiasan Semata2
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:
Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).
Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.
Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).
Ringkasnya:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.

2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

Indahnya jika hidup ini dikongsi bersama
Dalam sedap2 mengopy dan mengepastekan artikel ni, teringat satu lagu baru nyanyian Ana Raffali. Tak silap lagunya bertajuk "Kalau berpacaran"...hi2... enjoy dengar lagu ni dan banyak unsur nasihat.
Lirik Lagu "Kalau berpacaran"

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Moral lagu ni, jangan berkasih lama2. Sebab dalam bercinta akan ada orang "ketiga"...faham2 jelh spe. So, jangan Couple lame2 ye..hikhik...Dalam bercerita ni, teringat kt sorang kawan aku nie. Dia sayangkan pakwe dia, tapi bg aku, pakwe dia seperti memandang remeh tentang keseriusan hubungan mereka. Cuba bayangkan, lelaki, kalau dia betul2 sayangkan kita, first step depa akan buat ialah jumpa mak ayah perempuan tu. Tapi, sepanjang aku berkawan dengan kawan aku nie, xpenah lelaki tu datang jumpa mak ayah dia. Alasan laki tu, duit xckup. Hai bang, xkan duit jadi isu kot. Nak jumpa bakal mak ayah mertua xkan perlukan duit. Bukan nak kawen pn. aku kesian kat kawan aku tu. 
Bagi aku, kalau setakat lelaki mengajak kita kuar dating, blanjer kita makan, cakap sayang kita, bkn bermakna dia serius dengan kita. Bagi aku, aku tekankan kat sini, sebagai lelaki yang budiman, dia perlukan mulakan langkah pertama dengan menunjukkan keikhlasan dan cinta kepada wanita dengan berjumpa dengan family wanita tu dulu. Erm...bagi aku la patut mcm tu. Sebab dia nak bawak anak perempuan encik tut dan puan ek...Ia juga bagi membela maruah wanita tu supaya xterjadi benda2 tak elok....Sebab restu keluarga sgt2 penting dalam membina sesebuah hubungan yang berlandasan landasan yang betul. Cam adat dalam Islam, mula2 kita ade proses merisik, bertunang...pastu, berkahwin..
Renung2kan ye...kalau de sape2 bminat nak share, silakan bagi pendapat. Saya pn tak sempurna ^_*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini